Isnin, 15 Februari 2010

Jodoh

Tiap ketika kau bermenung..
Memikirkan soal suatu hubungan,
Disana ada insan menanti perkenalan itu,
Kau takkan tahu walau kau cari..

Tiap langkah kau kedepan..
Memburu sasaran..meletak harapan..
Ada insan dibelakang sama seiringan.
Terus setia menaruh harapan sama..

Apa kebahagian itu datang bila kau jemput.
Apa kesenangan itu beroleh bila kau kaut..
Apa keperitan itu pasti bila kau buang..
Apa kesusahan itu pergi bila kau tolak...

Kau takkan pernah tahu itu adanya..
Hingga tiba suatu saat keajaiban..
Dia datang dari sudut yang tak pasti..
Melempar senyuman bergemerlapan..

Kau sambut dengan jasad dan hati..
Kau pasti dia bukan siapa lagi..
Kau renung tanpa jemu lagi..
Kau katakan ya pada lamaran nanti..

Dialah pelengkap dari segala segi..
Ikatlah hati..
Kekal abadi..

0 ulasan: