Khamis, 6 Ogos 2009

Malam yang mati

malam ini hati sayu..
semak jiwa sampai terkelu.
langkah longlai..
mata kuyu..dipaksa pejam..
telinga cuba dipekakkan.

alahai lemahnya aku..
bila jatuh rasa kehilangan.
dibuai rasa keegoan..
ditindas rasa kasihan..
dibuai rasa keperitan hari mendatang..

tuhan tolonglah aku.
jauhi aku dari rasa ini..
aku bisa tenggelam musnah..

saat mata mencari subjek dalam kesamaran..
saat tangan meraba objek dalam kesilauan..
jadi buntu sekejapan..
jadi kusam kehidupan..

Selamat tinggal masalah untuk seketika..
biar aku beredar menapak kealam mimpi..

0 ulasan: