Isnin, 11 Oktober 2010

Buntu



























Lelah aku bernafas detik itu..
Kelu lidah tak mampu menyatakan..
Antara dua yang jauh bezanya.
Aku terduduk diam termenung..

Apa mungkin aku kecapi
Bagaimana harus aku lari
Dimana perlu aku cari
Bila harus aku beri..



Ahad, 15 Ogos 2010

Jahil











nasib keturunan


Dari daksina datang ke paksina
dari masyrik lalu ke maghrib
tak ku jumpa walau diirik jalan setiap hari
walau dicemuh semaja kanan dan kiri..

berbanjar dosa tak berbalas pahala..
aduhai sakit pancar kita.

hidup tiada kasad pada ketuhanan..
nauzubillah..

Ahad, 4 April 2010

Sesaat

Secebis rasa
Setitik noda
Setiap angka
Sekilas alpa

Berlari lari
Menari tari
Tercari cari
Kesana sini

Mentari belayar ke ufuk barat
Saban hari kau lihat kadang tidak
Segenap udara menggomol paru-paru
Selang seli mulut tercarut caci sengaja

Mengejar hidup senang
Siang malam
Pagi petang
Kadang-kadang
Kepala pusing
Poket bersawang..

ada sesaat itu untuk NYA?
tidak atau ya?
jangan sampai tidak..

sesaat.